Yee .......yeeee.........yeeeeeeeee.............
Mama nak pencen tahun depan. Seronoknya......... Betulkah mama nak pencen atau sekadar gurauan. Mama memang nak pencen tetapi satu saja halangannya malas nak isi borang. Dah berbulan tak siap-siap. Memang begitulah sifat mama....... kalah bab mengisi borang ni. Apapun malam ini InsyaAllah.
Mama nak jaga Arif dan Ayahnya. Itu hasrat di hati. Tahun ini Arif akan menduduki SPM. Tahun depan, insyaAllah akan masuk form 6 atau kolej. Dah cukuplah mama bekerja, mengasuh dan membimbing anak orang lain. Dah 27 tahun menjadi pendidik ....... bermula 16.07 1986. Surat tawaran posting buat pertama kalinya di terima sehari sebelum itu, 15.07.1986 iaitu hari ulang tahun kelahiran Mama. sungguh besar ertinya buat mama dan keluarga.
No comments:
Post a Comment