Assalamualaikum
Lama juga tak melayari blog sendiri. Rindu juga nak meng 'update', tapi tak tahu topik apa yang menarik. Hati-hati dengan hati kita. Satu topik yang menarik untuk pengetahuan semua. Mama mula tertarik dengan topik ' Hati Berlemak ' bila secara tak sengaja membuat ujian darah di Pusat Kesihatan Bandar Baru Bangi semasa menemani si comel Arif September tahun lepas, selepas dua minggu, lihat result, semuanya okay kecuali yang berkaitan dengan HATI. Apa penyebabnya, boleh lah kita meninjau di sini
Mula lah mama berminat nak tahu dgn lebih mendalam lagi, takut juga. Apa nak buat, kena diet lah.
Ini gambaran anatomi hati kita, boleh study nak jadi doktor.
Baru ni, buat lagi ujian darah, makin baik resultnya, alhamdulillah. Tapi ..........
Hatinya makin sakit. ......
' Kakak datang lagi, chek lagi darah bila-bila senang dalam bulan Mei'
Apa nak jawab, selain 'okay, insyaAllah saya datang, doktor tak payah bagi saya ubat
' Kakak ada ambil apa-apa suppliment lain'
Jawapannya ' tak ada kerana saya percaya kepada kesihatan yang baik datang dari makanan yang sihat dan gaya hidup sihat'
Tanda-tanda luaran dah ada, tapi mama buat-buat tak risau

Mama paling risau yang ini
Agaknya lah mungkin penyakit ini juga ada kaitan dengan ilmu tasawuf . Bersihkan lah hatimu dari segala penyakit
Bersihkanlah hati, kekotoran zahir nampak dimata, kekotoran hati siapa dapat mengetahui?
Kerana ia tersembunyi di dalam hati, tiada siapa dapat mengetahui selain dari Allah Tuhan yang maha EsaYa Allah,
Bersihkan lah hati ini dengan keikhlasan, kuatkan lah hati ini dengan keimanan, indahkan lah ia dengan ketakwaan , kayakan nya dengan kemaafan. Ya Allah berilah hambamu ini kekuatan untuk menghadapi segala dugaan kasih Mu. Ya Allah, sesunggunya engkaulah yang maha mengetahui apa yang terbaik bagi hamba Mu ini
Bandingan antara dua hati
No comments:
Post a Comment