Aug 31, 2009

KEMERDEKAAN KE 52

Sudah 52 tahun Malaysia Merdeka.

Adakah anda benar-benar merdeka?

Entahlah ........

Arif kata sampai bila-bila pun kita tetap tidak merdeka, kerana kita ini adalah hamba Nya, yakni Allah.

Oleh kerana itu, walaupun Malaysia merdeka kali keberapa pun, kita harus sedar kita kewajipan kita sebagai hamba Allah dan perlu kepada keredaannya.

Aug 22, 2009

RAMADAN 1430

Hari ini bermula puasa bagi Ramadan 1430H. Kami sekeluarga bersahur seawal jam 4.00 pagi tanpa suami bersama. Terasa juga kekurangan. Sangat sederhana juadah sahur kami, cukup sekadar satu jar milo, satu piring daging rusa goreng kicap dan seperiuk nasi. Semuanya habis licin. Nampaknya selera anak-anak tidak memilih. Ok lah tu. Selesai sahur kami tidak tidur lagi kerana waktu Subuh di Bintulu adalah pada pukul 0509 pagi. Kuliah subuh akan di sampaikan
oleh Ustaz Ali Fatullah Harun.

Inilah juadah sahur pada hari ini.

Petang nanti kami akan berbuka di Masjid Asyakirin. Sejak berhijrah ke Bintulu setiap hari berpuasa di bulan Ramadan kami berbuka di masjid kecuali pada tahun 2005 ada beberapa hari tertentu kami berbuka di rumah, itu pun kerana menjemput kawan- kawan dan ustaz anak-anak untuk berkenalan lebih dekat.

Inilah kenangan berbuka puasa bersama mereka