Jul 30, 2009

BUNGA API ...... SATU LAGI KEISTIMEWAAN BINTULU

Kesunyian malam terusik ketika sambutan tahun baru dan juga tahun Baru Cina setiap tahun. Langit Bintulu terang bercahaya dengan percikan bunga api. Entah berapa juta RM warga Bintulu berhabisan setiap tahun untuk pesta ini. Dapatlah kami tumpang keseronokan tanpa perlu keluar jauh dari rumah. Keinsafan pun ada, terbayang juga suasana peperangan dengan bunyi dentuman setiap malam bermula malam Tahun Baru Cina dan kemuncaknya pada malam Chap Goh Mei.

Inilah hasil yang dapat kami rakamkan dengan menggunakan kamera yang kami ada.

Rakaman dari beranda rumah kediaman kami di Bintulu.

video

Gambar-gambar yang menarik ...............


















Jul 22, 2009

Arif ........



Di kebun milik ayah dan mama dekat Ujung SiPutih, Sik Kedah. Arif baru lepas naik mandi dari sungai. Sejuknya ...........








Di rumah sewa 854A








Bersama Irfan, anak ustaz Ibrahim, di masjid kampung Bakul, Limbang pada hari raya puasa 2008. Mulanya kami bercadang hendak beraya di Brunei tetapi kami terpaksa menyambut hari raya di Limbang kerana Negara Brunei raya lewat sehari dari Malaysia.


Bersama Dol, kawan baik di Brunei. Anak pak cik Haji Yusuf, kawan baik ayah sejak remaja.







Arif yang periang, mama suka anak yang baik, soleh dan sentiasa dalam kegembiraan








Sedapnya ......... sampai menjilat siku








Bergambar berlatarkan unta, ketika dalam perjalanan ziarah Hudaibiah.



Latarbelakang Masjidil haram sewaktu mengerjakan umrah 2009.
Arif yang sentiasa bersama mama.

Di Lobi Hotel Fairmont Towers , Cairo, hotel transit sewaktu pulang dari mengerjakan umrah pada 12. 6. 2009. Arif sakit ketika itu, inilah satu daripada gambar yang dapat di ambil dalam keadaan dia ceria. Itu pun dengan segala tipu muslihat. Akhirnya dapat ..............

Jul 21, 2009

Kenangan 854A

Pokok Cili Api yang subur menghijau di penjuru belakang rumah, tidak jemu mata memandang. Kata Normaliza isteri Abang Ahmad Ishak, kena tanya orang kimia, macam mana tanam pokok celah rekahan simen pun boleh subur macam itu. Jawapannya hanya kuasa Allah yang menentukan.
Lihatlah buahnya yang lebat.......
...... dan pokoknya yang tinggi melepasi tembok

Jul 20, 2009

BINTULU SPECIAL????........

Jika anda ke Kuching, pasti tidak melepaskan peluang membeli ikan terubuk masin di Pasar Pekan Satok, tetapi di Bintulu, apa pula? ...... Kalau nak tahu, Bintulu terkenal dengan belacan dan cincalok nya yang enak. Jika anda menetap di Bintulu, tak sah jika anda tidak pandai menghasilkan belacan sediri. Rasanya belacan Bintulu adalah yang paling mahal berbanding di tempat lain iaitu harganya tidak kurang dari RM 30 sekilo. Nak tahu keistimewaannya kunjungi Bintulu dan dapatkannya di Pasar Tamu Bintulu.

Lesung Kayu Belian, dari Ulu Nyalau
Inilah dia peralatan yang digunakan untuk membuat belacan. Lesung ini belum digunakan lagi. Orang lain sibuk mencari perabut kayu jati sebagai kenangan untuk dibawa balik ke Semenanjung, tetapi lain pula dengan kami, mungkin kerana itu ada simpulan bahasa ' lain padang lain belalang, lain orang lain ragamnya'.

Kami telah sempat berkenalan dengan keluarga Haji Ibrahim dari Ulu Nyalau. Lesung kayu belian ini kami tempah khas darinya. Harganya boleh tahan juga, RM150 satu set (Lesung, alu dan sudip). Agak tamak juga, kami telah beli 3 set. Bukan apa, teringat macam nak bagi cenderahati untuk kawan, tak tahulah kalau berubah fikiran, terasa sayang pun ada. Kalau sesiapa nak tempah, ya ampun ........ Saya cuma dapat tolong promosi sahaja. Maafla tak dapat nak tolong.

Di sini, choping board kami juga dari kayu belian dan kayu keranji, kami tidak guna bahan sentetik sebagai choping board. Dahsyatkan.......

Kayu belian adalah sejenis kayu yang kuat,keras, berketumpatan tinggi dan sejenis kayu istimewa yang terdapat di Sarawak. Hal lain berkaitan kenalah rujuk ahli yang pakar.

Selain kayu belian, saya juga telah menempah khas kraf tangan dari rotan melalui rakan sekolah, Cikgu Jundah. Dari yang saya tahu dan telah beli, anyamannya sangat kemas. Itulah hati terpikat. Banyak juga yang mama tempah, adalah dalam RM 500.

Jul 19, 2009

Menu Hari Ini


Daging Rusa Goreng Kicap.
Seperti semua maklum, kami di Sarawak merasa cukup bertuah kerana dapat menikmati masakan daging rusa dengan harga yang murah. Harga daging rusa di Bintulu hanya RM18.00 sekilo. Jika semasa di Semenanjung kami tak pernah merasa keenakan daging rusa, tetapi di Bintulu, alhamdulillah. Di sini kami tak pernah beli daging lembu kerana harganya tinggi. Kalau nak makan mesti import dari Semenanjung.

Semalam Ustazah Roszaini tolong belikan 5 kilo, harganya cuma RM89. Sedapnya daging rusa fresh. Sayang abang tak ada bersama, tapi insyaAllah kami simpan sampai minggu depan daging yang belum dimasak.

Setiap pagi Ahad, Pasar Tamu Bintulu kami kunjungi. Macam-macam ada. Kalau di Semenanjung orang bercerita pasal durian, di Bintulu sekarang musim nanas dan rebung buluh.
Banyaknya nanas dan murah pula tu. Nampaknya jika berpindah balik ke Selangor akhir tahun nanti, semua rindulah pula dengan Bintulu.
Rebung buluh ........, keladi dah dimasak.

Hari ini hanya beli rebung buluh dan keladi sahaja. Itulah dua jenis sayur kampung yang diidamkan. Minggu lepas beli pucuk daun tunjuk langit. Sedapnya dimasak sayur lemak putih. Afiq pun dah kenal dengan daun tunjuk langit ni. Semua anak-anak suka makan. Alhamdulillah, mereka makan sayur kampung seperti mama suka.

Jul 15, 2009

My Birthday

Hari ini, genap sudah 46 tahun mata ini celik melihat dunia. Alhamdulillah, syukur kepada Allah dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang banyak dan insyaAllah halal, anak-anak pun kira okaylah setakat ini. Cuma perlu muhasabah diri, bagaimana hendak menambah kekuatan iman dan memperbanyakkan amalan buat bekalan di akhirat nanti. Mudah-mudahan Allah panjangkan lagi umurku dan masih berjumpa 15 Julai 2010.

Tadi pelajar 5H jemput makan, masakan yang mereka masak, boleh tahan juga.Harapanku dan doaku mereka akan jadi pelajar yang rajin dan berjaya.

Mana kek untuk mama? Harap-harap Afiq dan Anis tidak lupa masak untuk mama.

Resepi Kek Makcik Sal

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh bikarbonat soda
2 biji telur
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu pekat
1 cawan air panas mendidih

Cara membuatnya.
  1. Tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan bikarbonat soda diayak bersama dan diulang sebanyak 3 kali. ketepikan
  2. Gula dipukul bersama telur sehingga kembang.
  3. Masukkan susu pekat ke dalam adunan dan pukul lagi.
  4. Masukkan minyak ke dalam adunan, kacau dan diikuti tepung sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan air panas mendidih, kacau adunan sehingga sebati dan bakar dalam oven selama 45 minit.
P/s Kek ini enak dimakan selepas 24 jam dimasak.
Terima kasih kak sal kerana memberi resepi kek yang mudah disediakan tetapi enak dimakan.

Afiq dan Anis yang kak Sal jaga dulu dah besar.


Dah besar, macam twin pula .........................

Bahagianya mama jika melihat anak-anaknya ceria begini ......


Bersama ayah yang kami rindui selalu .......................

Jul 7, 2009

Wajahnya Muslim, Juadahnya Belum Tahu

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
satay.jpg
Setiap orang menanggung dosa masing-masing, tiada sesiapa dibebankan dengan dosa orang lain. Itu adalah prinsip asas yang wujud di dalam Islam berdasarkan firman Allah swt : -
Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudaratannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan ( Al-An'am : 164 )
Imam Al-Qurtubi menjelaskan[1], ketiadaan kaitan ini hanya dari sudut dosa di akhirat, mankala di dunia, orang yang tidak melakukan dosa masih terdedah kepada azab yang dikenakan ke atas pelaku dosa. Ia berdalilkan kepada ayat dari Surah Al-Anfaal : 25 iaitu :-
"Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim sahaja di kalanganmu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya"
TERIMA HADIAH DAN TANGGUNGJAWAB
"ustaz, saya ada terima hadiah aiskrim dari seorang rakan, tapi sebab saya baru sampai UK, dan tak tahu apa jenama dan kandungan yang halal, saya hanya bergantung kepada dia, boleh tak ustaz?" soal seorang pelajar di United Kingdom
"Ye la, tak kanlah dia nak bagi saya aiskrim ada babi pulak kan" tambahnya lagi sebelum sempat saya memberikan buah fikiran.
"Jika demikian, enta boleh makan aiskrim itu" jawab saya ringkas.
"Tak perlu baca ingredients ke ustaz?"
"Dah tadi anta kata, tak tahu apa yang halal, begini, kalau reti, bacalah dan buat penilaian ikut ilmu serta keyakinan sendiri, jika tiada mampu bergantung sahaja kepada penilaian rakan yang beri tu"
"Perlu tidak saya tanya dia direct,contohnya saya tanya "ni halal ke"?" katanya meminta penjelasan lanjut.
"Dua-dua boleh, nak tanya boleh, tidak tanya pun boleh juga, yang mesti adalah baca bismillah sebelum makan" saya menerangkan, cadangan itu berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w menerima daging dari seorang yang tidak dapat dipastikan sama ada ia disembelih atau tidak, maka diajar oleh Nabi untuk membaca basmalah.
"Kalau rasa kawan tu betul-betul rapat, sudut budaya dan adab pun ok, boleh ajukan pertanyaan, tapi kalau rasa ia sampai boleh menggugat hubungan persaudaraan, senyap saja dan balik semak sendiri dan buat keputusan, saya sendiri pernah simpan hadiah sekotak aiskrim yang orang bagi, akhirnya kami buang kerana tidak yakin, walaupun yang memberi tu rakan Islam juga" tambah saya lagi
MEMANG KERAP
Memang benar, bukan sesekali malah dalam banyak keadaan, kita tidak mampu untuk sentiasa meneliti dan menyemak segala-galanya, khususnya di dalam hal makanan.
Ketika kita memesan makanan di sebuah restoran milik orang Islam, adakah kita pasti ayam, daging lembu yang digunakan untuk menyiapkan hidangan adalah halal?.
Adakah kita dituntut untuk menyelidiki dan bertanya setiap masa, setiap kali? Bagaimana pula jika semasa memilih makanan di bazaar Ramadhan. Adakah semuanya halal ? atau adakah mencukupi hanya bergantung kepada bangsa atau agama penjual? Jika Islam, adakah secara automatic makanannya juga halal ? Bagaimana pula jika penjual itu berbangsa Melayu, adakah secara automatik dia juga Islam dan makanannya halal ? Begitukah sifirnya?
Jawapan yang ideal namun kurang praktikal adalah :
Semua tidak halal kecuali setelah yakin melalui kajian, semua bahan yang digunakan adalah halal.
Memberi jawapan sedemikian memang mudah, namun pelaksanaannya kurang dimampui. Islam tidak diturunkan untuk menyusahkan, namun begitu sebahagian hukum Islam ada yang dirasai sukar, bertujuan menguji sejauh mana keimanan umat Islam terhadap larangan dan suruhan Allah swt.
Pun begitu, semua arahan dan larangan yang dituntut oleh Islam, masih berada di dalam ruang lingkup kemampuan manusia biasa. Tiada arahan yang tidak dimampui oleh tenaga manusia, sebagai contoh wajib sebulan sekali solat di angkasa, puasa mestilah 48 jam berturut-turut tanpa makan dan minum.
Tiada di dalam Islam tuntutan sedemikian. Firman Allah swt : -
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. ( Al-Baqarah : 286 )
Atas alasan ini, jawapan kepada pelbagai persoalan di atas adalah :-
Semua penjual Islam WAJIB bertanggungjawab menjual barang yang halal sahaja. Oleh itu,
  • Jika dijual ayam : Wajib dipastikan diambil ayam tersebut dari pembekal yang diyakini melaksanakan proses sembelihan yang sempurna.
  • Jika buka restoran : wajib dipastikan ayam, daging dan lain-lain bahan mentah yang dibeli adalah halal, dari pembekal yang halal.
  • Jika buka gerai : wajib bertanggungjawab di hadapan Allah swt akan semua hidangan atau juadah yang dijual. Semuanya menggunakan bahan yang halal dan diadun tanpa sebarang kandungan haram seperti arak dan sepertinya.
  • Jika beri hadiah : Wajib bertanggungjawab bahawa hadiah makanan yang diberi, adalah makanan yang halal, telah dipastikan melalui ilmu, ia tidak mengandungi kandungan haram.
  • Jika buat kenduri, rumah terbuka, jamuan : Wajib bertanggungjawab memastikan semua juadah adalah dari bahan halal, jika caterer yang menyediakan, wajib tuan rumah memastikan caterer bertanggungjawab ke atas perkara tersebut.
Semua pemberi hadiah, penjual makanan dan minuman, penjemput ke majlis dan pembekal memastikan bahan yang mereka sedia dan beri adalah HALAL. Tanggungjawab HALAL tergantung di atas bahu mereka, tiada cop halal JAKIM bagi sepinggan mee mamak, semangkuk mee bandung dan tom yom, secucuk satay dan ayam percik. HALALnya bergantung kepada si penjual dan mereka yang menghidang (jika kenduri).
Saya fikir amat PENTING untuk diingatkan para penjual, pemberi, penjemput, penjamu dan sebagainya berkenaan tanggungjawab mereka ini. Kerana umat Islam sememangnya tidak mampu untuk bertanya dan menyelidiki setiap satu hal di atas.
Saya sebenarnya merasa sedikit bimbang, apabila umat Islam pada ketikanya kelihatan bergantung sepenuhnya kepada bangsa. Jika restoran dilihat dilayan oleh Melayu, tanpa ragu dan bimbang lagi, diyakini semua hidangannya adalah halal. Sebenarnya, ramai Melayu dan Mamak yang bukan lagi Islam, ramai juga peniaga Melayu dan Mamak yang tersangat ambil mudah bab halal, sehingga ada kemungkinan mereka ingin menjimatkan kos dengan membeli ayam bangkai (tidak sembelih yang lebih murah) untuk restorannya, untuk kedai ayam perciknya, untuk jualan di kedai sataynya dan sebagainya.
Maka tulisan ini ingin mengingatkan mereka bahawa TANGGUNGJAWAB di hadapan Allah swt kelak adalah di bahu mereka semata-mata.
Saya masih ingat, beberapa orang ahli Majlis Penasihat Syariah berbangsa Arab di sebuah bank Islam, ketika menghadiri mesyuarat Syariah di Malaysia, mereka menyangka semua makanan di Malaysia adalah halal, disebabkan Malaysia terkenal sebagai sebuah Negara umat Islam. Sehingga mereka tidak sedar, begitu banyak kedai Cina bukan Islam yang menghidangkan makanan haram. Disebabkan tidak tahunya itu, mereka kenyang di kedai Cina. Entah halal atau tidak ...tidalah diketahui.
PROGRAM ISLAM DI HOTEL, MAKANANNYA?
Satu lagi trend masakini adalah menganjurkan program di hotel-hotel besar lima bintang. Syarikat swasta dan tidak terkecuali sektor awam kerajaan kerap menganjutkan program besar di hotel sebegini. Bayangkan satu persidangan ulama Fiqh sedunia dibuat di hotel lima bintang di Putrajaya. Yang hadir adalah kumpulan ulama terhebat di seluruh dunia, apabila tiba waktu makan, mereka semua makan tanpa banyak soal. Semua bersangka baik ia adalah halal, sedangkan berapa banyakkah hotel lima bintang di Malaysia yang mendapat sijil iktiraf makan dan dapurnya bersih serta halal?!
Saya tidak mendakwa ia haram, Cuma ingin menarik perhatian semua bahawa TANGUNGJAWAB memastikan halal adalah penganjur. Mereka menanggungnya di dunia dan akhirat.
PERSIDANGAN KEWANGAN ISLAM DI LONDON PROMOSI ARAK?
Baru-baru ini satu persidangan besar 8th Annual Islamic Finance Summit, dianjurkan di London. Bayangkan di dalam buku kertas kerja, dengan bangganya pihak penganjur memaklumkan dimana letaknya bar-bar yang boleh dikunjungi oleh para peserta. Pelikkan!
Memang ada hujah, kononnya kerana ramai juga peserta yang bukan Islam. Namun ia hujah yang karut lagi salah.
Ada pula yang berkata, "Dah penganjurnya pun bukan syarikat milik Islam, ia hanya sebuah syarikat latihan yang popular dunia, dan diketahui ia bukan milik umat Islam"
Ye, saya faham, ia memang bukan milik Islam, tetapi amat buta syarikat ini sehingga di dalam sebuah konferen kewangan Islam sedunia, di samping pemakluman bertulis tempat solat, borang itu ini, tempat makan dan lain-lain, dengan tidak pekanya mereka memasukkan sekali maklumat berkaitan bar serta restauran jualan arak.
PERSIDANGAN LAIN?
Demikian, sebegitu banyak persidangan berkaitan Kewangan dan Perbankan Islam dianjurkan. Memang sudah menjadi lumrah, ilmu perbankan dan kewangan Islam adalah satu jenis ilmu yang eksklusif sehinggakan persidangan mereka juga amat mahal yurannya dan bertempat di hotel lima bintang.
Sekali lagi diingatkan, penganjur bertanggungjawab memastikan makanan pagi, tengahari dan petang di persidangan itu adalah halal. Para peserta TIDAK AKAN MAMPU BERTANYA, malah sebahagian memang tidak MAHU BERTANYA kerana dijangka akan lebih menyusahkan mereka.
Kita sepatutnya bimbang, akan wujudnya persidangan dan seminar berkaitan hal ehwal dan ilmu Islam, tetapi makanan yang dihidang adalah ayam tidak sembelih, daging bangkai lembu, manisan berperisa arak dan sebagainya. Justeru itu, penganjur perlu lebih peka dan membuat demand serta meletak syarat kepada pihak hotel untuk memastikan semua bahan untuk persiapan makanan adalah HALAL.
Jika tidak, mereka akan bertanggung jawab atas segala dosa makanan haram yang disuap oleh peserta, seluruhnya..
"Eh..bukankah kita tak tanggung dosa orang lain?" soal seorang rakan setelah mendengar penjelasan saya di atas.
"benar, itu jika tiada kaitan, namun mengabaikan tanggungjawab, punyai kaitan, sama seperti seorang bapa mengabaikan nafqah isteri dan pelajaran agama anaknya, bukankah dia berdosa, malah menanggung dosa atas segala sikap buruk dan kejahilan anaknya?" Jelas saya.
Itulah yang disebutkan oleh nabi s.a.w :
Ertinya : "Setiap kamu adalah penjaga dan bertanggungjawab atas perkara yang di bawah jagaan dan tanggungjawabnya" ( Riwayat Al-Bukhari)
Sampaikan ingatan ini kepada seramai mungkin peniaga dan penjual. Ingatkan kepada pemberi hadiah, penjemput kenduri, pengusaha kantin dan caterer bahawa mereka mempunyai TANGGUNGJWAB yang besar. Bukan sekadar kira-kira untung rugi di buku log akaun mereka sahaja yang mesti diambil kira, tetapi KIRA-KIRA DOSA di akhirat lebih wajar dan lebih penting untuk difikirkan.
Sekian

Jul 5, 2009

Catatan Perjalanan Penuh Kenangan I

Segalanya bermula pada bulan Januari 2009, kami sekeluarga merancang untuk ke Mekah al Mukaramah pada cuti persekolahan bulan Jun 2009. Terasa rindu benar di hati untuk ke sana. Lagi pula telah lama tersimpan niat di hati untuk membawa Muhammad Afiq dan Muhammad Anis mengerjakan umrah sebagai hadiah di atas kejayaan cemerlangnya dalam PMR dan UPSR pada tahun 2007. Perkara tersimpan di hati, hanya Allah yang tahu, selagi tidak dizahirkan dengan perbuatan atau perkataan. Tahniah Afiq dan Anis , mama sentiasa mendoakan kejayaan cemerlang buat kamu berdua dan adik Arif

Perancangan awal untuk keluarga telah menjadi lebih besar dengan penyertaan 24 lagi jamaah Masjid Asyakirin dan ahli BIC.

Rombongan umrah kami diserikan dengan siri-siri ceramah haji dan umrah oleh ketua rombongan Ustaz Salehuddin bin Abu Samah dengan kerjasama yang sangat baik dari pihak pentadbiran masjid. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan pada 16 Mei 2009 malam sebagai penutup siri ceramah itu satu forum bertajuk 'Kelebihan Tanah Suci Makkah dan Madinah' telah berjaya diadakan dengan kehadiran hampir 500 orang jamaah di Masjid Asyakirin. Ahli panel terdiri dari Ustaz Salehuddin, Ustaz Mukharam, Ustaz Ali dan Ustaz Amin.
Tahniah dan terima kasih ustaz kerana memberi kami ilmu yang tidak ternilai dengan harga.

27 Mei 2009 bermulalah perjalanan kami dari Bintulu Airport ke Makkah Al-Mukarramah. Ikutilah catatan bergambar penuh kenangan ini.

Bergambar kenangan di Bintulu Airport
Pukul 4.50 petang, kami selamat tiba di KLIA dan terpaksa menunggu penerbangan seterusnya ke Cairo pada pukul 11.55 malam.
Ustaz Salehuddin memberi taklimat ringkas perjalanan

Hj. Suhaili, Kak Mala,Hj. Shereack,Hj. Bakar dan kak Badaah

Hasanah, Arif, Anis, emak

Suamiku, Hj Ghani
Kami ada tetamu di KLIA
Adikku Rahim dan Abang Hemi

Ibuku tersayang Hajjah Roliah
Pukul 10.00 mlm, kami bersedia untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya
Bersama Im dan Cik Nor di KLIA

Siapa yang dilambaikan tu!

Semua nampaknya gembira!

Orang bujang (pasangan tidak bersama), Cikgu Haji Rani

Ustaz Salehuddin bersama isteri, Hasanah

Pasangan bahagia, tengok sentiasa ceria .....


Kak Hajjah Patimah dan suami Haji Matele

Steady saja Haji Sheareck

Okay mak! Relekla kami kan ada.........

Tunggu lagi .......... Egyptair

Lama juga menunggu ..................
Lebih kurang pukul 11.55 mlm, kami semua sudah berada di atas kapal terbang untuk meneruskan perjalanan ke Kaherah, Mesir.

Arif bersama ayahnya.....

Afiq bersebelahan dengan ustaz Zainudin

Belum khatam lagi buku Madinah atau mengulang!...... Itulah resam orang berilmu

Keletihan ...... perjalanan jauh

Cikgu Haji Mahli dan Cikgu Jamaiyah

Apa yang dijeling tu ...... Kak Min di mana Haji Nasur

Eh.. eh mengapa semua berdiri, dah sampaikah?
Akhirnya, sampai juga kami ke bumi Mesir pada pukul 6.30 pagi (waktu tempatan) setelah berada di udara lebih kurang 10 jam. Semua kami keletihan tapi teruja....

Nyaman udara pagi di sini, macam di Bintulu juga, 6.30 pagi sudah kesiangan.

Steady lagi, orang muda ..............

Nasib bukan KLIA, dapat juga bergambar kenangan dekat flight

Dah sampai di balai ketibaan

Saringan kesihatan ( Influenza A, H1N1)

Dah lepas ujian pertama, macam selamat semuanya ....

Panorama dari Airport ke Hotel Europa, tempat penginapan selama lima hari kami di Cairo
Teksi di Cairo

Ambil saja gambar ... apa yang terlintas

Kawasan perkuburan yang unik ..... tak terdapat di Malaysia

Pengangkutan tradisional ..... Himar masih digunakan

Latar belakang Sungai Nil

Destinasi ziarah kami yang pertama ialah Kubu Salehuddin Al-Ayubi. Terpegun melihat betapa kuatnya perjuangan Salehuddin Al-Ayubi. Kagum sungguh dengan perjuangan beliau yang selama ini hanya diketahui melalui bahan bacaan sahaja, tahu beliau membina kubu, bagaimana kubu itu, kini berada di depan mata, masyaAllah........................
Kubu Salehuddin Al-Ayubi yang masih gagah hingga kini

Masjid Sultan Ali Bashah yang tersergam indah hanya tinggal sebagai bahan sejarah

Lihatlah, kukuhnya binaan kubu Salehuddan Al-Ayubi