Feb 22, 2010

Birthday ke 47.......................

Hari ini 22.02.2010, adalah hari ulang tahun kelahiran ayah Muhammad Afiq, Muhammad Anis dan Muhammad Arif yang ke 47. Hari ini kami semua berpuasa kecuali Muhammad Arif. Hasrat nak makan di luar. Bila fikir sepuluh kali, langkah terbaik ialah berjimat cermat, jadi masak sendiri, hasilnya ..... okaylah janji kenyang perut. Alhamdulillah selamat duit mama..............

Wajah orang berpuasa menanti waktu berbuka ..........

Ayam goreng garam kunyit perisa tom yam

Feb 20, 2010

Projek Keluarga ke 3 ........ bila ??

Projek keluarga ke 3, bila nak mula .............. Dah mula kena fikir-fikirkan. Macam mana ya ... Dari mana nak dapat modal. Pening juga kepala dok fikir. Aaaa............... dah dapat idea. Pinjam duit Arif tentu boleh kerana Arif kaya dari mama sekarang.

Inilah masalahnya, masa mula peroleh tanah ni dulu iaitu sekitar1996, terus dapat hasil. Bukan banyak pun, cuma 1.5 ekar sahaja. Bila pokok dah tua dan nak buat tanaman semula, mulalah sakit memikirkan proses yang terpaksa dilalui. InsyaAllah akan diusahakan jua.

Kasihan..... pokok yang telah banyak berbakti

Pemandangan kebun getah tua di Brona

Lihatlah betapa sakitnya pokok ini ditoreh hampir setiap hari

BENDANG MAN ......... PADI TAK TUMBUH ????

Bendang Man di Daerah Weng, Baling di negeri Kedah. Airnya banyak dan sejuk, ramai pengunjung di musim cuti. Asyik tertangguh hendak ke sini. Baru kali ini dapat. Indahnya alam ciptaan tuhan.

Arif .............

Jernih dan sejuk airnya .............

Seronoknya bermain air......

Promosi tupperware ............... tak tenggelam dalam air!!!

Apa yang dikejar tu ......

Feb 19, 2010

Projek Keluarga ..............

Projek keluarga kedua ini juga atas usul Pak Ngah dan Abang Chik. Hak milik tanah seluas 1.656 hektar diperoleh pada 17.12.2008 dengan harga RM60000. Terus diusahakan oleh Pak Ngah walaupun ada masalah dengan Risda. Sama seperti projek pertama, tanah yang kami beli mungkin tidak digemari oleh orang lain. Selain belukar tebal, kami terpaksa uruskan tanah pusaka itu sehinggalah boleh dijual. Dalam semua hal kami berserah kepada Allah dan berdoa mudaha-mudahan orang yang berurusan dengan kami bersikap jujur. Sehingga satu ketika Pak Ngah dah mula berputus asa. Syukurlah pada bulan April 2009 anak getah sudah boleh ditanam. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Hasilnya belum sampai setahun cukup memberangsangkan. Ya Allah jauhilah sebarang masalah dalam usaha kami mencari rezekimu yang halal ini di muka bumi mu ini.

Projek di Mukim Sik (Ujung Bandar)

Belum sampai setahun

Kenangan ku............

Semua menunggu nak melawat kebun............

Memanjat pokok Kerdas

Inilah buah kerdas (bahasa Kedah..... Buah Genuak)

Seronoknya...................
yBanyaknya ..................... Tak ada beg, kain jadi karung.

Pandangan jauh............ berlatar belakang bukit-bukau

Projek Keluarga ..............

Projek pertama bermula tahun 2004 di atas tanah seluas 2.6227 hektar yang dibeli dengan harga RM55000 atas cadangan abang ku yang kedua (Abang Chik). Alhamdulillah kami telah dipertemukan Allah dengan seorang insan yang baik dan banyak membantu (Pak Ngah Awang). Hak milik tanah diperoleh pada 11. 04 . 2004. Dari hutan belukar tebal dengan pokok sebesar sepemeluk, dibersihkan dicerah. Sungguh tak sangka, anak pokok yang hanya mula ditanam pada bulan November tahun yang sama begitu membanggakan. Hasilnya boleh dilihat seperti gambar berikut. Syukur kepadamu Ya Allah.

Ini dia orang kuat projek kami, didoakan semoga Allah panjangkan umur dan sihat tubuh badan.

Kebanggaan suamiku

Tak lama lagi bolehlah fikir-fikir tarikh yang sesuai untuk .......

Melawat kebun getah adalah agenda tahunan bila balik kampung

Tak lama lagi dapatlah hasilnya, insyaAllah

Bang Cik selaku pemantau projek..............

Agak berapa harganya? Kurang lebih RM 4.00 (harga semasa)

Redup dan mengasyikkan ......

Feb 3, 2010

IKAN MASAM .......................

Enaknya, inilah pembuka selera ketika makan. Orang Semenanjung panggil Pekasam, orang Bintulu sebut ikan masam.

Enak dimakan bersama nasi yang masih panas, bukan dimakan begitu sahaja.

Besarnya, Ikan Pekasam

Bahan-bahan

Seekor ikan pekasam

Bahan A (dimayang halus)
Bawang Besar
Cili Padi
Cili Merah
Serai
Minyak masak

Cara-cara Memasak
  1. Ikan pekasam di goreng sehingga kuning keemasan (garing). Toskan dan letak dalam pinggan hidangan.
  2. Bahan A digoreng sehingga layu dan naik baunya.
  3. Bahan A yang telah siap digoreng, ditabur di atas ikan pekasam tadi.

Cubalah, namun mesti dipastikan ikan pekasam yang dibeli dalam keadaan baik barulah kita dapat rasakan keenakannya.

Belum cuba, belum tahu, jika sudah pasti nak lagi.