MAMA
Mar 17, 2019
Sep 8, 2014
ALHAMDULILLAH........... SYUKUR KEPADA ALLAH
Mama nak pencen ..........
Rasanya dah lebih 3 tahun dilagukan.....
Bukan senang juga nak buat keputusan untuk bersara bagi seorang wanita, meninggalkan kerjaya mereka yang selama ini menjadi sumber keewangan mereka.
Soalan yang selalu ditanya oleh Puan PK. "Puan ni ....... betul ke nak bersara". Anak pun tanya juga ... " Mama ni bila nak pencen"
Yang paling syok ........ " Borang dah hantar" Selalunya jawapan nya mudah saja ....... macam mana nak pencen, borang pun belum hantar lagi........
Hari ni berasa sangat senang hati menjawab, ....... sudah melepasi satu step... dah hantar borang yang lengkap, Puan Pengetua dah tandatangan dah hantar ke jabatan dan tunggu keputusan dari KPM dan JPA. Terima kasih Pn Norbiah yang banyak membantu.
Kenapa mama nak bersara cepat ..........
Mama letih ........
Mama tak ada semangat ............
Mama tak sanggup menghadapi cabaran .....segala gelombang yang bakal mendatang ...
Semua di atas ada juga ada juga yang benar. Tapi mama ada perkara yang lebih penting. Mama perlu bersara untuk lebih memberi tumpuan kepada keluarga dalam meniti sisa-sisa usia yang masih ada tapi tak berapa nak lama dah ini.
Ada masa sambung cerita ......

Feb 22, 2014
HATI ..........HATI-HATI
Assalamualaikum
Lama juga tak melayari blog sendiri. Rindu juga nak meng 'update', tapi tak tahu topik apa yang menarik. Hati-hati dengan hati kita. Satu topik yang menarik untuk pengetahuan semua. Mama mula tertarik dengan topik ' Hati Berlemak ' bila secara tak sengaja membuat ujian darah di Pusat Kesihatan Bandar Baru Bangi semasa menemani si comel Arif September tahun lepas, selepas dua minggu, lihat result, semuanya okay kecuali yang berkaitan dengan HATI. Apa penyebabnya, boleh lah kita meninjau di sini
Mula lah mama berminat nak tahu dgn lebih mendalam lagi, takut juga. Apa nak buat, kena diet lah.
Ini gambaran anatomi hati kita, boleh study nak jadi doktor.
Baru ni, buat lagi ujian darah, makin baik resultnya, alhamdulillah. Tapi ..........
Hatinya makin sakit. ......
' Kakak datang lagi, chek lagi darah bila-bila senang dalam bulan Mei'
Apa nak jawab, selain 'okay, insyaAllah saya datang, doktor tak payah bagi saya ubat
' Kakak ada ambil apa-apa suppliment lain'
Jawapannya ' tak ada kerana saya percaya kepada kesihatan yang baik datang dari makanan yang sihat dan gaya hidup sihat'
Tanda-tanda luaran dah ada, tapi mama buat-buat tak risau

Mama paling risau yang ini
Agaknya lah mungkin penyakit ini juga ada kaitan dengan ilmu tasawuf . Bersihkan lah hatimu dari segala penyakit
Bersihkanlah hati, kekotoran zahir nampak dimata, kekotoran hati siapa dapat mengetahui?
Kerana ia tersembunyi di dalam hati, tiada siapa dapat mengetahui selain dari Allah Tuhan yang maha EsaYa Allah,
Bersihkan lah hati ini dengan keikhlasan, kuatkan lah hati ini dengan keimanan, indahkan lah ia dengan ketakwaan , kayakan nya dengan kemaafan. Ya Allah berilah hambamu ini kekuatan untuk menghadapi segala dugaan kasih Mu. Ya Allah, sesunggunya engkaulah yang maha mengetahui apa yang terbaik bagi hamba Mu ini
Bandingan antara dua hati
May 27, 2013
PENCEN...... BETULKAH NAK PENCEN
Yee .......yeeee.........yeeeeeeeee.............
Mama nak pencen tahun depan. Seronoknya......... Betulkah mama nak pencen atau sekadar gurauan. Mama memang nak pencen tetapi satu saja halangannya malas nak isi borang. Dah berbulan tak siap-siap. Memang begitulah sifat mama....... kalah bab mengisi borang ni. Apapun malam ini InsyaAllah.
Mama nak jaga Arif dan Ayahnya. Itu hasrat di hati. Tahun ini Arif akan menduduki SPM. Tahun depan, insyaAllah akan masuk form 6 atau kolej. Dah cukuplah mama bekerja, mengasuh dan membimbing anak orang lain. Dah 27 tahun menjadi pendidik ....... bermula 16.07 1986. Surat tawaran posting buat pertama kalinya di terima sehari sebelum itu, 15.07.1986 iaitu hari ulang tahun kelahiran Mama. sungguh besar ertinya buat mama dan keluarga.

May 22, 2013
PERASAAN PERASAN........RAJIN
AYAM MASAK KICAP SPESIAL
Resepi
Bahan-bahan
1. 1/2 ekor ayam dipotong kecil
2. 1 biji lada bangla dipotong
3. 1 biji tomato dibelah 6
4. 1 batang serai dititik
5. 3 biji cili hijau dipotong
6. 5 ulas bawang putih dititik
7. 1 inci halia dimayang
8. 2 sudu pes cili dari cili kering dan bawang yang dikisar
9. garam secukupnya
10 kicap secukupnya
11. Daun kari
Kaedah
1. Ayam di gaul bersama serbuk kunyit dan garam secukupnya.
Digoreng separuh masak
2. Tumis bawang putih dan halia yang telah dimayang sehingga
naik bau
3. Masukkan pes cili, kacau sehingga cili masak,
4. Masukkan 2 cawan air, ayam, dan kicap secukupnya.
Rebus sehingga separuh kering.
5. Masukkan cili bangla, tomato, cili hijau, daun kari dan
bawang besar .
6. Kacau sekejap dan angkat.
Sedia untuk dihidang dan dimakan
SELAMAT MENCUBA
AYAM MASAK KICAP SPESIAL |

RAJIN, RAJIN DAN RAJIN
Bila nak jadi rajin ni ...........
Mama selalu berangan nak jadi rajin,
Seorang Isteri yang rajin,
Seorang Ibu yang rajin,
Seorang Cikgu yang rajin,
Seorang bloger yang rajin,
Seorang Hamba Allah yang rajin,
Semuanya Rajinnnnnnnnnn
Tapi ..........
Bilaaaaaaaa
Doa

Maksudnya
Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, yang tiada Tuhan pantas disembah melainkan Engkau. Tuhan yang telah menciptakan diriku. Aku adalah hamba-Mu dan aku ada dalam perjanjian-Mu, yang dengan segala kemampuanku aku laksanakan perintah-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dari segala perbuatan buruk yang aku lakukan kepada-Mu. Engkau telah mencurahkan nikmat-Mu kepadaku, sedangkan aku senantiasa berbuat dosa. Ampunilah dosaku karena tidak ada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau.

Jan 22, 2013
2013 ............ TAHUN PENUH CABARAN.
HAMIDAH .......... WAKE UP PLEASE , YOU MUST WAKE UP AND MOTIVATE YOUR SELF ........ 2013 RUN VERY FAST.
Hari ini dah 22 hari berlalu, dapat ku rasakan terlalu cepat masa berlalu. Ya Allah apa dah jadi pada diri ini. Semua pekerjaan ku rasa seperti sangat lambat, seakan tidah berupaya mengejar nya lagi. Di hati dan fikiran ku sentiasa hendak melayan rasa kemalasan yang amat sangat.
Hari ini aku berazam sangat untuk menyiapkan sekurang-kurangnya 5 pekerjaan yang tertangguh. Berjanji pada diri untuk menjadi yang terbaik dalam hidup.
Bagaimana????????
1. Mulakan dengan Bismillah .........
2. Mohon kepada Allah supaya diberi kekuatan semangat .........
3. Jangan guna perkataan nanti / saya nak lakukan ...........
4. Terus mulakan kerja .........
5. Bersyukur telah siapkan ........ Alhamdulillah
Sekadar motivasi untuk diri sendiri. In shaa Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)