May 27, 2013

PENCEN...... BETULKAH NAK PENCEN

Yee .......yeeee.........yeeeeeeeee.............
Mama nak pencen tahun depan. Seronoknya......... Betulkah mama nak pencen atau sekadar gurauan. Mama memang nak pencen tetapi satu saja halangannya malas nak isi borang. Dah berbulan tak siap-siap. Memang begitulah sifat mama....... kalah bab mengisi borang ni. Apapun malam ini InsyaAllah.
Mama nak jaga Arif dan Ayahnya. Itu hasrat di hati. Tahun ini Arif akan menduduki SPM. Tahun depan, insyaAllah akan masuk form 6 atau kolej. Dah cukuplah mama bekerja, mengasuh dan membimbing anak orang lain. Dah 27 tahun menjadi pendidik ....... bermula 16.07 1986. Surat tawaran posting buat pertama kalinya di terima sehari sebelum itu, 15.07.1986 iaitu hari ulang tahun kelahiran Mama. sungguh besar ertinya buat mama dan keluarga.


May 22, 2013

PERASAAN PERASAN........RAJIN

AYAM MASAK KICAP SPESIAL

AYAM MASAK KICAP SPESIAL


Resepi

Bahan-bahan
1.   1/2 ekor ayam          dipotong kecil
2.   1 biji lada bangla      dipotong
3.   1 biji tomato             dibelah 6
4.   1 batang serai           dititik
5.   3 biji cili hijau            dipotong
6.   5 ulas bawang putih   dititik
7.    1 inci halia                dimayang
8.    2 sudu pes cili           dari cili kering dan bawang yang dikisar
9.    garam secukupnya
10   kicap secukupnya
11.  Daun kari

Kaedah
1.   Ayam di gaul bersama serbuk kunyit dan garam secukupnya.
      Digoreng separuh masak
2.   Tumis bawang putih dan halia yang telah dimayang sehingga
       naik bau
3.   Masukkan pes cili, kacau sehingga cili masak,
4.   Masukkan 2 cawan air, ayam, dan kicap secukupnya.
      Rebus sehingga separuh kering.
5.   Masukkan cili bangla, tomato, cili hijau, daun kari dan
      bawang besar .
6.   Kacau sekejap dan angkat.

Sedia untuk dihidang dan dimakan

SELAMAT MENCUBA


RAJIN, RAJIN DAN RAJIN

Bila nak jadi rajin ni ...........

Mama selalu berangan nak jadi rajin,
Seorang Isteri yang rajin,
Seorang Ibu yang rajin,
Seorang Cikgu yang rajin,
Seorang bloger yang rajin,
Seorang Hamba Allah yang rajin,
Semuanya Rajinnnnnnnnnn


Tapi ..........
Bilaaaaaaaa

Doa
Picture









Maksudnya

Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, yang tiada Tuhan pantas disembah melainkan Engkau. Tuhan yang telah menciptakan diriku. Aku adalah hamba-Mu dan aku ada dalam perjanjian-Mu, yang dengan segala kemampuanku aku laksanakan perintah-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dari segala perbuatan buruk yang aku lakukan kepada-Mu. Engkau telah mencurahkan nikmat-Mu kepadaku, sedangkan aku senantiasa berbuat dosa. Ampunilah dosaku karena tidak ada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau.




Jan 22, 2013

2013 ............ TAHUN PENUH CABARAN.

HAMIDAH .......... WAKE UP PLEASE , YOU MUST WAKE UP AND MOTIVATE YOUR SELF ........ 2013 RUN VERY FAST.

Hari ini dah 22 hari berlalu, dapat ku rasakan terlalu cepat masa berlalu. Ya Allah apa dah jadi pada diri ini. Semua pekerjaan ku rasa seperti sangat lambat, seakan tidah berupaya mengejar nya lagi. Di hati dan fikiran ku sentiasa hendak melayan rasa kemalasan yang amat sangat.

Hari ini aku berazam sangat untuk menyiapkan sekurang-kurangnya 5 pekerjaan yang tertangguh. Berjanji pada diri untuk menjadi yang terbaik dalam hidup.

Bagaimana????????
1.    Mulakan dengan Bismillah .........
2.    Mohon kepada Allah supaya diberi kekuatan semangat .........
3.    Jangan guna perkataan nanti / saya nak lakukan ...........
4.    Terus mulakan kerja .........  
5.    Bersyukur telah siapkan ........ Alhamdulillah 

Sekadar motivasi untuk diri sendiri. In shaa Allah.