Jul 12, 2010

MEE HAILAMKU ..................

Juadah berbuka pada hari ini .....................

Lama juga berfikir , apa nak dimasak, akhirnya inilah hasilnya ............ Mee HailamKu

Resepi Mee HailamKu

Bahan-bahannya:

2 Bungkus mee kuning
Daging (secukupnya)
Udang / kupang (secukupnya)
Sawi (secukupnya)
Kobis (secukupnya)
1 sudu lada hitam
2 inci halia
1 sudu cili kisar
Sos tiram
Sos tomato
Kicap manis
2 sudu besar tepung jagung
minyak masak (secukupnya)
garam (secukupnya)
Air ( secukupnya)

Cara memasaknya :

  1. Halia, bawang putih dan lada hitam ditumbuk .
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga kekuningan.
  3. Masukkan cili kisar, sos tiram, sos tomato, sos cili dan kacau sehingga masak (naik minyak)
  4. Masukkan daging, air untuk untuk kuah dan kicap, biarkan mendidih.
  5. Masukkan tepung jagung yang telah dilarutkan dalam air.
  6. Masukkan kupang, sayur-sayuran dan akhir sekali mee kuning.
  7. Masukkan garam secukup rasa.

Sedia untuk dimakan

Jun 4, 2010

RENUNGAN BERSAMA .......... BAGAIMANA SEPATUTNYA NAK BERCINTA ???

Dari Umma United - Annisa Balqis's blog

  1. Hubungan yang terjalin di atas wadah yang salah, akan tetap menyimpang. Lebih bahaya, apabila berlaku belitan Iblis. Menyangka ianya Islamik padahal mereka sebenarnya hampir masuk ke zon terlarang.
  2. “Wahai para pemuda! Barangsiapa di antara engkau sudah mampu (lahir dan batin untuk menikah), maka segeralah menikah, karena menikah itu menjaga penglihatan dan kemaluan. Dan barangsiapa yang belum mampu untuk itu, maka hendaklah dia berpuasa, karena puasa itu menjadi penahan nafsu (atau dapat menjaga dirinya).” Shahih Bukhari,no4.
  3. "Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk." (al-Isra: 32)
  4. Hanya pendapat: Cinta islamik hanya berlaku selepas pernikahan,sekalipun semasa pertunangan,pergaulan antara keduanya perlu dijaga,kerana pertunangan hanyalah sebuah perjanjian untuk bernikah,kita sedia maklum,sebuah percintaan yang terbina antara lelaki dan wanita tanpa ikatan yang sah adalah haram,kerana ianya menghampiri kepada zina,termasuklah zina mata,zina hati,dan segala anggota yg terlibat.
  5. Namun lahirnya cinta dihati adalah fitrah manusia,tapi untuk menzahirkan rasa cinta secara haram bukanlah satu fitrah,tapi menyimpang kepadanya,andai sudah bersedia untuk berumahtangga,bernikahlah,andai belum mampu,usahalah untuk mengajar hati dan nafsu untuk bersabar dengan berpuasa.
  6. Kebahagiaan rumah tangga hanya diperoleh dengan adanya keberkatan,maka untuk ada keberkatan,ianya perlulah bermula dengan cara yang halal.perkahwinan yang terbina secara maksiat,hanya mampu melahirkan keluarga yang bergelumang dengan maksiat,wal i'yadzubillah,sama-samalah kita beringat,beramal dan memperbaiki amalan.insyaAllah

May 15, 2010

VIDEO PILIHAN .................

Sangat menarik .................
sang murobbi part 1
sang murobbi part 2
sang murobbi part 3
sang murobbi part 4
sang murobbi part 5
sang murobbi part 6
sang murobbi part 7
sang murobbi part 8
sang murobbi part 9

BACALAH WAHAI ISTERIKU ...................

http://www.al-qaria.net/i2i/images/gal_Quran.jpg

Alhamdulillah, mama telah disedarkan untuk kembali mendalami isi al-Quran. Selama ini mama hanya membaca sahaja tetapi jarang memahaminya, almaklumlah tidak pandai berbahasa Arab. Mama yang sangat dhaif ini jadi tersedar dari mimpi siapa diri di sisi nya.

Ya Allah berilah kekuatan kepadaku untuk kembali kepada Mu dan mendalami ilmu Mu yang luas ini. Ya Allah, aku bermohon kepadaMu akan ketenangan hati dan jiwaku dalam mengharungi hidup ini. Berilah petunjuk kepada jalan yang engkau redhai.

Apr 4, 2010

Muhasabah diri .........................

Kelalaian, kecuaian, kelemahan adalah sifat manusia biasa. Sehari dua ini, rasanya macam tidak sihat sahaja. Badan sakit-sakit, namun sentiasa kuatkan semangat. Bila keadaan ini berlaku, tiada lain yang diingati melainkan kematian semakin menghampiri. Sungguh banyak perkara yang belum selesai, dari permasaalahan dunia hinggalah permasaalah akhirat.

"Ya Allah aku bermohon kepada mu agar di panjangkan usiaku bagi memberi peluang aku menyelesaikan sebahagian daripada urusanku yang belum diselesaikan".


Dalam pencarian diri, terkenang semasa usia remajaku, Ya Allah, sesungguhnya aku tidak dapat mengingati samada aku ini telah habis mengqada' puasa yang ditinggalkan atau belum. Perasaan was-was mula timbul. Berapa hari puasa yang perlu diganti dan berapa banyak fidyah yang perlu dibayar. Sesungguhnya aku insan yang lemah, aku bermohon petunjuk dariMu. Semoga aku sentiasa dalam perlindunganMu ya Allah.


Marilah sama-sama kita menghayati tazkirah ini, semoga kita mendapat keredaan Ilahi, InsyaAllah.

http://www.zakatkedah.com/tazkirah3.asp

TAZKIRAH
FIDYAH PUASA



[183] Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.

[184] (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

Hukum Orang yang Meninggalkan Puasa

Wajib Qada
  • Orang yang sedang sakit dan sakitnya akan memberi mudarat kepadanya atau bertambah lambat sembuhnya.
  • Orang yang meninggalkan puasa sewaktu belayar atau bepergian jauh (musafir) kira-kira 81 km.
  • Ibu yang hamil atau menyusukan anak dan khuatir dirinya menjadi mudarat.
  • Orang yang sedang haidh atau nifas.
  • Orang yang terlalu lapar atau dahaga yang boleh membahayakan dirinya.
  • Orang yang batal puasanya kerana salah satu sebab yang membatalkannya.

Wajib Qada dan Membayar Fidyah
  • Ibu yang hamil atau menyusukan anak, sekiranya hanya khuatir anaknya menjadi mudarat.
  • Orang yang berhutang puasa yang belum dijelaskan sehingga timbulnya Ramadan yang lain. Lewat qadha puasa : Jika lewat qadha puasa hingga datang bulan Ramadan yang lain wajib membayar fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasa yang ditinggalkan, dan jika lewat 2 tahun, melewati dua kali Ramadan, wajib berfidyah sebanyak dua cupak dan begitulah seterusnya di samping wajib mengqadha puasa itu.

Tidak Wajib Qada Tetapi Wajib Fidyah
  • Orang sakit yang tidak berdaya untuk berpuasa dan harapan sembuh sangat tipis.
  • Orang yang lemah kerana sudah tua dan tidak mampu lagi untuk berpuasa.

Mar 7, 2010

Kenanganku .......................

Jika tidak kerana bertugas di Bintulu, tentulah tidak kami akan sampai ke sini. Negara Brunei yang cantik, bersih dan aman untuk di kunjungi

Pertama kali menjejaki Bandar Seri Bagawan, Brunei

Feb 22, 2010

Birthday ke 47.......................

Hari ini 22.02.2010, adalah hari ulang tahun kelahiran ayah Muhammad Afiq, Muhammad Anis dan Muhammad Arif yang ke 47. Hari ini kami semua berpuasa kecuali Muhammad Arif. Hasrat nak makan di luar. Bila fikir sepuluh kali, langkah terbaik ialah berjimat cermat, jadi masak sendiri, hasilnya ..... okaylah janji kenyang perut. Alhamdulillah selamat duit mama..............

Wajah orang berpuasa menanti waktu berbuka ..........

Ayam goreng garam kunyit perisa tom yam

Feb 20, 2010

Projek Keluarga ke 3 ........ bila ??

Projek keluarga ke 3, bila nak mula .............. Dah mula kena fikir-fikirkan. Macam mana ya ... Dari mana nak dapat modal. Pening juga kepala dok fikir. Aaaa............... dah dapat idea. Pinjam duit Arif tentu boleh kerana Arif kaya dari mama sekarang.

Inilah masalahnya, masa mula peroleh tanah ni dulu iaitu sekitar1996, terus dapat hasil. Bukan banyak pun, cuma 1.5 ekar sahaja. Bila pokok dah tua dan nak buat tanaman semula, mulalah sakit memikirkan proses yang terpaksa dilalui. InsyaAllah akan diusahakan jua.

Kasihan..... pokok yang telah banyak berbakti

Pemandangan kebun getah tua di Brona

Lihatlah betapa sakitnya pokok ini ditoreh hampir setiap hari