"Ya Allah aku bermohon kepada mu agar di panjangkan usiaku bagi memberi peluang aku menyelesaikan sebahagian daripada urusanku yang belum diselesaikan".
Dalam pencarian diri, terkenang semasa usia remajaku, Ya Allah, sesungguhnya aku tidak dapat mengingati samada aku ini telah habis mengqada' puasa yang ditinggalkan atau belum. Perasaan was-was mula timbul. Berapa hari puasa yang perlu diganti dan berapa banyak fidyah yang perlu dibayar. Sesungguhnya aku insan yang lemah, aku bermohon petunjuk dariMu. Semoga aku sentiasa dalam perlindunganMu ya Allah.
Marilah sama-sama kita menghayati tazkirah ini, semoga kita mendapat keredaan Ilahi, InsyaAllah.
http://www.zakatkedah.com/tazkirah3.asp
TAZKIRAH
FIDYAH PUASA
[183] Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
[184] (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
Hukum Orang yang Meninggalkan Puasa
Wajib Qada
- Orang yang sedang sakit dan sakitnya akan memberi mudarat kepadanya atau bertambah lambat sembuhnya.
- Orang yang meninggalkan puasa sewaktu belayar atau bepergian jauh (musafir) kira-kira 81 km.
- Ibu yang hamil atau menyusukan anak dan khuatir dirinya menjadi mudarat.
- Orang yang sedang haidh atau nifas.
- Orang yang terlalu lapar atau dahaga yang boleh membahayakan dirinya.
- Orang yang batal puasanya kerana salah satu sebab yang membatalkannya.
Wajib Qada dan Membayar Fidyah
- Ibu yang hamil atau menyusukan anak, sekiranya hanya khuatir anaknya menjadi mudarat.
- Orang yang berhutang puasa yang belum dijelaskan sehingga timbulnya Ramadan yang lain. Lewat qadha puasa : Jika lewat qadha puasa hingga datang bulan Ramadan yang lain wajib membayar fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasa yang ditinggalkan, dan jika lewat 2 tahun, melewati dua kali Ramadan, wajib berfidyah sebanyak dua cupak dan begitulah seterusnya di samping wajib mengqadha puasa itu.
Tidak Wajib Qada Tetapi Wajib Fidyah
- Orang sakit yang tidak berdaya untuk berpuasa dan harapan sembuh sangat tipis.
- Orang yang lemah kerana sudah tua dan tidak mampu lagi untuk berpuasa.
No comments:
Post a Comment