Jan 18, 2010
Melawat Putrajaya
Sudah 4 tahun lebih tidak menjejak kaki di Putra Jaya, semalam 17 Januari kami sekeluarga membawa emak ambil angin di sana. Setelah merantau ke tempat orang, kini rasanya bertuah berada di tempat sendiri. Indahnya Malaysia yang ku cintai.

Dec 7, 2009
BINTULU ...YANG KURINDUI (3)
Tinggal lagi 4 hari kami di Bintulu. Selepas ini tidak tahu bila lagi akan sampai ke sini lagi. Sedih juga dalam menghitung hari, apakan daya datang ke sini untuk mencari rezeki bagi menerus kehidupan.
Malam tadi, Agnes datang dan bermalam di rumah, kasihan dengan keadaan yang serba kekurangan, maklumlah semua barangan telah dipacking. Kami berbual, bercerita dalam gelap sehingga masing-masing terlena.
Pagi tadi, Cikgu Hajah Jamaiyah datang, berbual-bual. Tunjukkan rumahnya yang kami sewa, dia berpuas hati dan katanya, okay. Maklumlah menyewa rumah orang, bila nak keluar mesti pastikan semuanya dalam keadaan baik. Masuk dalam keadaan baik, keluar pun baik juga.
Petang tadi, ke rumah Cikgu Jamaiyah, belajar masak Bubur Pedas Sarawak, walaupun tak ada kulit sapi, okay juga, sedap............ tapi jika tak ada rempahnya, tak dapatlah juga nak masak, kerana belum sempat belajar bagaimana nak adun rempahnya.
Tidak lah susah sangat resepinya.
Bahan
Rempah khas (Bubur Pedas Sarawak) - direndam selama 2-3 jam
Santan
Garam secukup rasa.
Daging - dipotong halus dan direbus
Kentang - dipotong dadu
Bahan A
Cendawan
Sayur Fucuk
Bunga pisang?
Bahan B
Daun kunyit
Daun cekur manis
Daun bebuas
Daun kangkung
Pucuk midin
Bahan C
Bawang merah,
Bawang putih,
Bawang Besar.
Penyediaan Bahan
Bahan A - Direndam sehingga kembang, dipotong halus dan direbus bersama kentang sehingga mendidih
Bahan B - Dipotong halus
Bahan C - Dimayang nipis untuk tumis
Kaedah
1. Tumis bahan C sehingga kekuningan dan naik bau
2. Masukkan bahan B, kacau sehingga daun kelihatan layu.
3. Masukkan daging dan bahan A bersama air rebusannya.
4. Masukkan rempah bubur pedas Sarawak yang telah kembang,
1. biarkan ianya mendidih
5. Masukkan santan secukupnya, kacau sesekali sehingga ianya
1. mendidih.
6. Masukkan garam secukup rasa.
Bubur Pedas Sarawak adalah makanan seimbang yang patut dicuba, semua dalam satu.

Dec 1, 2009
BINTULU ...YANG KURINDUI (2)
Hari kedua, kami mengerjakan ibadah korban, masyarakat disini bergotong royong dan bekerjasama dalam menyempurnakan ibadah korban yang dijalankan.
BINTULU ...YANG KURINDUI
Meriahnya berhari raya korban di Bintulu kali ini. Mungkin ini yang terakhir kami berhari raya di perantauan. Sedih juga bila dikenangkan. Kehadiran tetamu yang disayangi membuatkan suasana menjadi ceria sepanjang hari. Lihatlah background gambar ini. Sebenarnya kami sekeluarga juga sibuk membuat persiapan untuk berpindah balik ke Semenanjung.
Nov 21, 2009
BINTULU .......BELACAN....
Alhamdulillah, sempat juga membuat belacan, mungkin ini yang terakhir. Kenangan di Bintulu. Belacan buatan sendiri boleh tahan lama jika disimpan dengan baik. InsyaAllah.
Nov 18, 2009
AFIQ ......................
Nov 15, 2009
PIZA H OH PIZAH .........
Semalam 14 November, hari ulang tahun kelahiran Arif.
Sempat juga ayah balik meraikan bersama, alangkah bahagianya Arif.
Hari ini 15 November, hari ulang tahun kelahiran Cikgu Sik Huai Gi. Pizza lagi............
Sempat juga ayah balik meraikan bersama, alangkah bahagianya Arif.
Hari ini 15 November, hari ulang tahun kelahiran Cikgu Sik Huai Gi. Pizza lagi............
Subscribe to:
Posts (Atom)