Meriahnya berhari raya korban di Bintulu kali ini. Mungkin ini yang terakhir kami berhari raya di perantauan. Sedih juga bila dikenangkan. Kehadiran tetamu yang disayangi membuatkan suasana menjadi ceria sepanjang hari. Lihatlah background gambar ini. Sebenarnya kami sekeluarga juga sibuk membuat persiapan untuk berpindah balik ke Semenanjung.
Cik Nor sedang demo bagaimana bungkus ketupat palas. Daun palas ni diimport dari Kedah manakala pulutnya dari Negara Brunei.
Ketupat yang sudah siap dibungkus, okaylah tu...... banyak juga kami buat, adalah kurang lebih 3.5 kg beras pulut. Nasib baik ada abang Ghani tolong, jika tidak, entahlah...............
Dah siap dimasak, cuma tunggu nak makan sahaja lagi.
Sekeluarga bergambar depan Masjid Asyakirin, sebelum bersembahyang raya.
Bersama cik Nor (adik) yang datang berhari raya bersama kami di Bintulu. Terima kasih
Suasana di dalam dewan sembahyang wanita, ramainya jamaah.............
Setelah selesai solatHari Raya Korban, semua dijemput ke rumah .............
Menjamu selera ala kadar, dengan keadaan rumah yang tidak sempurna, pinggan mangkuk pun pinjam, guna pinggan ustazah Mashkurina dan ustazah Wan Mastura. Terima kasih.
Maaflah kawan-kawan, kurang sempurna layanan yang keluarga kami berikan, seadanya sahaja.
No comments:
Post a Comment