Dec 7, 2009

BINTULU ...YANG KURINDUI (3)

Tinggal lagi 4 hari kami di Bintulu. Selepas ini tidak tahu bila lagi akan sampai ke sini lagi. Sedih juga dalam menghitung hari, apakan daya datang ke sini untuk mencari rezeki bagi menerus kehidupan.

Malam tadi, Agnes datang dan bermalam di rumah, kasihan dengan keadaan yang serba kekurangan, maklumlah semua barangan telah dipacking. Kami berbual, bercerita dalam gelap sehingga masing-masing terlena.

Pagi tadi, Cikgu Hajah Jamaiyah datang, berbual-bual. Tunjukkan rumahnya yang kami sewa, dia berpuas hati dan katanya, okay. Maklumlah menyewa rumah orang, bila nak keluar mesti pastikan semuanya dalam keadaan baik. Masuk dalam keadaan baik, keluar pun baik juga.

Petang tadi, ke rumah Cikgu Jamaiyah, belajar masak Bubur Pedas Sarawak, walaupun tak ada kulit sapi, okay juga, sedap............ tapi jika tak ada rempahnya, tak dapatlah juga nak masak, kerana belum sempat belajar bagaimana nak adun rempahnya.

Tidak lah susah sangat resepinya.

Bahan

Rempah khas (Bubur Pedas Sarawak) - direndam selama 2-3 jam
Santan
Garam secukup rasa.
Daging - dipotong halus dan direbus
Kentang - dipotong dadu

Bahan A

Cendawan
Sayur Fucuk
Bunga pisang?

Bahan B
Daun kunyit
Daun cekur manis
Daun bebuas
Daun kangkung
Pucuk midin

Bahan C
Bawang merah,
Bawang putih,
Bawang Besar.

Penyediaan Bahan
Bahan A - Direndam sehingga kembang, dipotong halus dan direbus bersama kentang sehingga mendidih

Bahan B - Dipotong halus

Bahan C - Dimayang nipis untuk tumis

Kaedah

1. Tumis bahan C sehingga kekuningan dan naik bau
2. Masukkan bahan B, kacau sehingga daun kelihatan layu.
3. Masukkan daging dan bahan A bersama air rebusannya.
4. Masukkan rempah bubur pedas Sarawak yang telah kembang,
1. biarkan ianya mendidih
5. Masukkan santan secukupnya, kacau sesekali sehingga ianya
1. mendidih.
6. Masukkan garam secukup rasa.

Bubur Pedas Sarawak adalah makanan seimbang yang patut dicuba, semua dalam satu.

No comments:

Post a Comment