Feb 19, 2010

Projek Keluarga ..............

Projek pertama bermula tahun 2004 di atas tanah seluas 2.6227 hektar yang dibeli dengan harga RM55000 atas cadangan abang ku yang kedua (Abang Chik). Alhamdulillah kami telah dipertemukan Allah dengan seorang insan yang baik dan banyak membantu (Pak Ngah Awang). Hak milik tanah diperoleh pada 11. 04 . 2004. Dari hutan belukar tebal dengan pokok sebesar sepemeluk, dibersihkan dicerah. Sungguh tak sangka, anak pokok yang hanya mula ditanam pada bulan November tahun yang sama begitu membanggakan. Hasilnya boleh dilihat seperti gambar berikut. Syukur kepadamu Ya Allah.

Ini dia orang kuat projek kami, didoakan semoga Allah panjangkan umur dan sihat tubuh badan.

Kebanggaan suamiku

Tak lama lagi bolehlah fikir-fikir tarikh yang sesuai untuk .......

Melawat kebun getah adalah agenda tahunan bila balik kampung

Tak lama lagi dapatlah hasilnya, insyaAllah

Bang Cik selaku pemantau projek..............

Agak berapa harganya? Kurang lebih RM 4.00 (harga semasa)

Redup dan mengasyikkan ......

No comments:

Post a Comment