Dec 7, 2009

BINTULU ...YANG KURINDUI (3)

Tinggal lagi 4 hari kami di Bintulu. Selepas ini tidak tahu bila lagi akan sampai ke sini lagi. Sedih juga dalam menghitung hari, apakan daya datang ke sini untuk mencari rezeki bagi menerus kehidupan.

Malam tadi, Agnes datang dan bermalam di rumah, kasihan dengan keadaan yang serba kekurangan, maklumlah semua barangan telah dipacking. Kami berbual, bercerita dalam gelap sehingga masing-masing terlena.

Pagi tadi, Cikgu Hajah Jamaiyah datang, berbual-bual. Tunjukkan rumahnya yang kami sewa, dia berpuas hati dan katanya, okay. Maklumlah menyewa rumah orang, bila nak keluar mesti pastikan semuanya dalam keadaan baik. Masuk dalam keadaan baik, keluar pun baik juga.

Petang tadi, ke rumah Cikgu Jamaiyah, belajar masak Bubur Pedas Sarawak, walaupun tak ada kulit sapi, okay juga, sedap............ tapi jika tak ada rempahnya, tak dapatlah juga nak masak, kerana belum sempat belajar bagaimana nak adun rempahnya.

Tidak lah susah sangat resepinya.

Bahan

Rempah khas (Bubur Pedas Sarawak) - direndam selama 2-3 jam
Santan
Garam secukup rasa.
Daging - dipotong halus dan direbus
Kentang - dipotong dadu

Bahan A

Cendawan
Sayur Fucuk
Bunga pisang?

Bahan B
Daun kunyit
Daun cekur manis
Daun bebuas
Daun kangkung
Pucuk midin

Bahan C
Bawang merah,
Bawang putih,
Bawang Besar.

Penyediaan Bahan
Bahan A - Direndam sehingga kembang, dipotong halus dan direbus bersama kentang sehingga mendidih

Bahan B - Dipotong halus

Bahan C - Dimayang nipis untuk tumis

Kaedah

1. Tumis bahan C sehingga kekuningan dan naik bau
2. Masukkan bahan B, kacau sehingga daun kelihatan layu.
3. Masukkan daging dan bahan A bersama air rebusannya.
4. Masukkan rempah bubur pedas Sarawak yang telah kembang,
1. biarkan ianya mendidih
5. Masukkan santan secukupnya, kacau sesekali sehingga ianya
1. mendidih.
6. Masukkan garam secukup rasa.

Bubur Pedas Sarawak adalah makanan seimbang yang patut dicuba, semua dalam satu.

Dec 1, 2009

BINTULU ...YANG KURINDUI (2)

Hari kedua, kami mengerjakan ibadah korban, masyarakat disini bergotong royong dan bekerjasama dalam menyempurnakan ibadah korban yang dijalankan.

Lembu yang dikorbankan, darahnya membasahi bumi.
Kak Aisyah menunjukkan kemahirannya melapah lembu.

Semua keletihan, berhenti sebentar mengisi perut dengan juadah yang dihidangkan

Orang Kedah pun ada juga .......

Berbaloi datang dari jauh, dapat masuk surat khabar, Utusan Borneo pula tu

BINTULU ...YANG KURINDUI

Meriahnya berhari raya korban di Bintulu kali ini. Mungkin ini yang terakhir kami berhari raya di perantauan. Sedih juga bila dikenangkan. Kehadiran tetamu yang disayangi membuatkan suasana menjadi ceria sepanjang hari. Lihatlah background gambar ini. Sebenarnya kami sekeluarga juga sibuk membuat persiapan untuk berpindah balik ke Semenanjung.

Cik Nor sedang demo bagaimana bungkus ketupat palas. Daun palas ni diimport dari Kedah manakala pulutnya dari Negara Brunei.

Ketupat yang sudah siap dibungkus, okaylah tu...... banyak juga kami buat, adalah kurang lebih 3.5 kg beras pulut. Nasib baik ada abang Ghani tolong, jika tidak, entahlah...............

Dah siap dimasak, cuma tunggu nak makan sahaja lagi.

Sekeluarga bergambar depan Masjid Asyakirin, sebelum bersembahyang raya.

Bersama cik Nor (adik) yang datang berhari raya bersama kami di Bintulu. Terima kasih

Suasana di dalam dewan sembahyang wanita, ramainya jamaah.............

Bergambar bersama Pn Hajijah Mohtar, (PK 1 SMK Bintulu)

Bersama Nin dan Azura

Kakak dan adik

Bersama Hajjah Halimah

Kenangan bersama guru baru, kak Hamidah Jaafar dan Pn Hajijah

Setelah selesai solatHari Raya Korban, semua dijemput ke rumah .............

Empat jejaka? ........ Semuanya kacak

Menjamu selera ala kadar, dengan keadaan rumah yang tidak sempurna, pinggan mangkuk pun pinjam, guna pinggan ustazah Mashkurina dan ustazah Wan Mastura. Terima kasih.

Maaflah kawan-kawan, kurang sempurna layanan yang keluarga kami berikan, seadanya sahaja.

Siti Radiah dan Azura, makan lah apa yang ada. Nampaknya Siti Radiah kena belajar bagaimana nak buka ketupat daun palas dari kak midah nanti, bila ya..........

Di rumah Mak Cik Aishah, sorrylah tak lihat setting tarikh kamera, macam gambar lamalah pula.....
Kenangan bersama suami, dah lama tak bergambar bersama

Sudah keletihan, sewaktu Agnes sampai, nasib baik dia faham ........................