Jul 15, 2009

My Birthday

Hari ini, genap sudah 46 tahun mata ini celik melihat dunia. Alhamdulillah, syukur kepada Allah dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang banyak dan insyaAllah halal, anak-anak pun kira okaylah setakat ini. Cuma perlu muhasabah diri, bagaimana hendak menambah kekuatan iman dan memperbanyakkan amalan buat bekalan di akhirat nanti. Mudah-mudahan Allah panjangkan lagi umurku dan masih berjumpa 15 Julai 2010.

Tadi pelajar 5H jemput makan, masakan yang mereka masak, boleh tahan juga.Harapanku dan doaku mereka akan jadi pelajar yang rajin dan berjaya.

Mana kek untuk mama? Harap-harap Afiq dan Anis tidak lupa masak untuk mama.

Resepi Kek Makcik Sal

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh bikarbonat soda
2 biji telur
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu pekat
1 cawan air panas mendidih

Cara membuatnya.
  1. Tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan bikarbonat soda diayak bersama dan diulang sebanyak 3 kali. ketepikan
  2. Gula dipukul bersama telur sehingga kembang.
  3. Masukkan susu pekat ke dalam adunan dan pukul lagi.
  4. Masukkan minyak ke dalam adunan, kacau dan diikuti tepung sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan air panas mendidih, kacau adunan sehingga sebati dan bakar dalam oven selama 45 minit.
P/s Kek ini enak dimakan selepas 24 jam dimasak.
Terima kasih kak sal kerana memberi resepi kek yang mudah disediakan tetapi enak dimakan.

Afiq dan Anis yang kak Sal jaga dulu dah besar.


Dah besar, macam twin pula .........................

Bahagianya mama jika melihat anak-anaknya ceria begini ......


Bersama ayah yang kami rindui selalu .......................

No comments:

Post a Comment