HAMIDAH .......... WAKE UP PLEASE , YOU MUST WAKE UP AND MOTIVATE YOUR SELF ........ 2013 RUN VERY FAST.
Hari ini dah 22 hari berlalu, dapat ku rasakan terlalu cepat masa berlalu. Ya Allah apa dah jadi pada diri ini. Semua pekerjaan ku rasa seperti sangat lambat, seakan tidah berupaya mengejar nya lagi. Di hati dan fikiran ku sentiasa hendak melayan rasa kemalasan yang amat sangat.
Hari ini aku berazam sangat untuk menyiapkan sekurang-kurangnya 5 pekerjaan yang tertangguh. Berjanji pada diri untuk menjadi yang terbaik dalam hidup.
Bagaimana????????
1. Mulakan dengan Bismillah .........
2. Mohon kepada Allah supaya diberi kekuatan semangat .........
3. Jangan guna perkataan nanti / saya nak lakukan ...........
4. Terus mulakan kerja .........
5. Bersyukur telah siapkan ........ Alhamdulillah
Sekadar motivasi untuk diri sendiri. In shaa Allah.
Jan 22, 2013
Feb 14, 2012
DISLEKSIA ...........ADAKAH IA MASALAH????
Oleh : Mazira Mohamad Ghazali
Disleksia berasal daripada perkataan Yunani iaitu “DYN” bermaksud susah dan “LEXIA” bermaksud tulisan. Disleksia merupakan satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap. Masalah ini biasanya dialami oleh kanak-kanak dan boleh berlanjutan sehinggalah kanak-kanak itu dewasa. Istilah ‘buta huruf’ juga boleh digunakan untuk kategori ini. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit atau kecatatan dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Masalah disleksia adalah berbeza dengan afasia yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak yang akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.
Disleksia dipercayai berpunca daripada cara otak itu memproses, di mana cara penghidap disleksia dengan otak orang normal bekerja adalah berbeza. Ini berkemungkinan disebabkan oleh kecatatan otak semasa kandungan ataupun ianya disebabkan oleh kemalangan. Selain itu, kemungkinan besar penghidap disleksia berpunca daripada faktor keturunan. Menurut kajian perubatan yang dijalankan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang mempunyai gangguan yang sama. Berkemungkinan besar puncanya boleh diwarisi tetapi yang membezakannya adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia disebabkan oleh kromosom 1, 15 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun. Pada kebiasaannya kanak-kanak lelaki lambat matang berbanding kanak-kanak perempuan. Kelewatan kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia. Disleksia juga melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh dan daripada kajian-kajian yang dijalankan mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal serta tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.
Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :
1. Disleksia visual (penglihatan)
Kesukaran utama yang dihadapi adalah untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik.
2. Disleksia auditori (pendengaran)
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang dituturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah dalam membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga turut dihadapi oleh disleksia auditori.
3. Disleksia visual-auditori
Kesukaran membaca yang amat teruk disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio.
![]() |
| Gambar menunjukkan antara perkataan yang sering diterbalikkan oleh penghidap disleksia. |
Penghidap disleksia juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas dan mengalami kesukaran untuk memegang pensel serta tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga, cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik. Terdapat juga di kalangan mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur di mana mereka kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklumat yang diperolehi. Mereka juga tidak menjalankan atau menyusun sesuatu mengikut abjad. Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol serta suka menterbalikkan nombor yang sama. Mereka juga berpakaian tidak kemas tetapi tidak kotor, pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut sendiri. Mereka turut kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dianggap pemalas dan kelihatan bodoh. Skop penglihatan mereka yang terhad di mana kekeliruan berlaku di antara depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah serta pengamatan yang lemah.
Di antara beberapa ciri-ciri penghidap disleksia adalah seperti berikut :
1. Penghidap gangguan ini dapat dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
2. Kebiasaannya penghidap akan menghadapi masalah pembacaan yang lambat dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
3. Penghidap suka mengurang atau menambah sendiri pada sesuatu perkataan.
4. Sering mengalami kekeliruan dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu seperti “p” dianggap “q” dan huruf “b” dianggap “d”.
5. Kerap berlaku di kalangan kaum lelaki berbanding perempuan.
6. Kekerapan penghidap disleksia selalu terjadi di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang dilahirkan tidak cukup bulan, kanak-kanak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
7. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak meningkat dewasa.
8. Perhatian dan tumpuan senang terganggu dan gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja sehingga selesai.
9. Cenderung menjadi seseorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
Disleksia hanya boleh dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit dengan pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia biasanya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir dan sosial.
Dec 19, 2011
JUADAH HARI INI
Jangan membazir, kerana membazir itu pekerjaan ............... Mama adalah seorang yang cuba mempraktikkan amalan berjimat cermat dalam menjalani kehidupan seharian............
Perasaan perasan pun banyak juga ......itu yang payah tu........... bagaimana pula nak menghakis dari jiwa ini........ pujuk hati, banyakkan beristigfar.
Jangan jadikan diri kita saudara syaitan ...........
Maksud ayat 27 dalam surah al - Isra
" Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya."
Maka dengan ini kita sebagai yang mengaku beragama Islam hendak lah sentiasa bersederhana dalam banyak hal agar tidak tergolong sebagai saudara -saudara syaitan.
Setelah dua minggu tidak ke pasar............ masak sajalah apa yang masih ada terdapat dalam freezer, alhamdulillah.............. all in one.

| Daging goreng pedas |
Dec 5, 2011
BERSELERA............
Berseleranya Arif makan............
Soalan yang tak pernah tidak di tanya setiap kali bangun tidur di pagi hari. Nampak saja muka mama............ mama masak apa hari ini? Mama pula akan jawab..... boleh tak tanya soalan lain? contohnya mama sihatkah hari ini? Itulah kesayangan ku.......
Hari ini mama masak lauk kegemaran Arif dan mama........
| Tuna masak cili padi |
| Tempe Goreng |
| Sayur Kucai sama taugeh |
| Ulam kacang botol |
| Gulai Jantung pisang |
| Inilah hidangannya untuk tengahari............ |
Dec 4, 2011
HARI MENGEMAS DAPUR
Hari ini terasa rajin sikit...........
Cuti hujung minggu tak ke mana-mana, pagi tadi bersama keluarga solat suboh di Surau An Nur kerana ada kuliah ustaz Termizi. Banyak juga pengajaran yang diperoleh. Beliau berbicara tentang hari Khiamat mengguna kitab "Iman, Rukun, Hakikat dan Pembatalannya"
Hari ini hanya berbicara tentang firman Allah dar surah al Haj: 5-8 yang bermaksud
" Hai manusia! Jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (daripada kubur) maka (ketahuilah) bahawasanya kami telah menjadikan kamu daripada tanah. Kemudian daripada setitis air mani, kemudian daripada segumpal darah, kemudian daripada segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar kami jelaskan kepada kamu dan kami menetapkan (sesudah itu) dalam rahim apa yang kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan. Kemudian kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada (umur) kedewasaan dan di antara kamu ada yang diwafat dan (ada pula) ada pula di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pegun hingga ia tidah mengetahui lagi sesuatu pun yang dahulunya diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian kami turunkan air ke atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai-bagai macam tumbuhan yang indah.
(Kedua-dua kenyataan) yang tersebut membuktikan bahawa sesungguhnya Allah jualah Tuhan Yang Sebenar-benarnya (yang berhak disembah), dan sesungguhnya Dialah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati, dan Dialah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Dan bahawa sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang syak padanya, dan bahawa sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang-orang yang di dalam kubur."

Oct 3, 2011
May 12, 2011
MULA LAGI...................
Lama tak melayari blog ini, terasa rindu pula nak menulis.
Selama menyepi diri, banyak pula peristiwa yang berlaku. Tanpa disedari dah lima bulan tak diupdate sejak 26 Disember 2010. InsyaAllah blog ini tak akan sunyi lagi dari entry baru selepas ini.
Hari ini 12 Mei 2011, banyak perkara berlaku. Akibat tak berhati-hati terasa banyak kekurangan diri. Mungkin ada hikmah disebaliknya.................

Subscribe to:
Posts (Atom)