Dec 4, 2011

HARI MENGEMAS DAPUR

Hari ini terasa rajin sikit...........
Cuti hujung minggu tak ke mana-mana, pagi tadi bersama keluarga solat suboh di Surau An Nur kerana ada kuliah ustaz Termizi. Banyak juga pengajaran yang diperoleh. Beliau berbicara tentang hari Khiamat mengguna kitab "Iman, Rukun, Hakikat dan Pembatalannya"

Hari ini hanya berbicara tentang firman Allah dar surah al Haj: 5-8 yang bermaksud

" Hai manusia! Jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (daripada kubur) maka (ketahuilah) bahawasanya kami telah menjadikan kamu daripada tanah. Kemudian daripada setitis air mani, kemudian daripada segumpal darah, kemudian daripada segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar kami jelaskan kepada kamu dan kami menetapkan (sesudah itu) dalam rahim apa yang kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan. Kemudian kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada (umur) kedewasaan dan di antara kamu ada yang diwafat dan (ada pula) ada pula di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pegun hingga ia tidah mengetahui lagi sesuatu pun yang dahulunya diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian kami turunkan air ke atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai-bagai macam tumbuhan yang indah.

(Kedua-dua kenyataan) yang tersebut membuktikan bahawa sesungguhnya Allah jualah Tuhan Yang Sebenar-benarnya (yang berhak disembah), dan sesungguhnya Dialah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati, dan Dialah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Dan bahawa sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang syak padanya, dan bahawa sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang-orang yang di dalam kubur."

No comments:

Post a Comment