Mama nak pencen ..........
Rasanya dah lebih 3 tahun dilagukan.....
Bukan senang juga nak buat keputusan untuk bersara bagi seorang wanita, meninggalkan kerjaya mereka yang selama ini menjadi sumber keewangan mereka.
Soalan yang selalu ditanya oleh Puan PK. "Puan ni ....... betul ke nak bersara". Anak pun tanya juga ... " Mama ni bila nak pencen"
Yang paling syok ........ " Borang dah hantar" Selalunya jawapan nya mudah saja ....... macam mana nak pencen, borang pun belum hantar lagi........
Hari ni berasa sangat senang hati menjawab, ....... sudah melepasi satu step... dah hantar borang yang lengkap, Puan Pengetua dah tandatangan dah hantar ke jabatan dan tunggu keputusan dari KPM dan JPA. Terima kasih Pn Norbiah yang banyak membantu.
Kenapa mama nak bersara cepat ..........
Mama letih ........
Mama tak ada semangat ............
Mama tak sanggup menghadapi cabaran .....segala gelombang yang bakal mendatang ...
Semua di atas ada juga ada juga yang benar. Tapi mama ada perkara yang lebih penting. Mama perlu bersara untuk lebih memberi tumpuan kepada keluarga dalam meniti sisa-sisa usia yang masih ada tapi tak berapa nak lama dah ini.
Ada masa sambung cerita ......
Sep 8, 2014
Feb 22, 2014
HATI ..........HATI-HATI
Assalamualaikum
Lama juga tak melayari blog sendiri. Rindu juga nak meng 'update', tapi tak tahu topik apa yang menarik. Hati-hati dengan hati kita. Satu topik yang menarik untuk pengetahuan semua. Mama mula tertarik dengan topik ' Hati Berlemak ' bila secara tak sengaja membuat ujian darah di Pusat Kesihatan Bandar Baru Bangi semasa menemani si comel Arif September tahun lepas, selepas dua minggu, lihat result, semuanya okay kecuali yang berkaitan dengan HATI. Apa penyebabnya, boleh lah kita meninjau di sini
Mula lah mama berminat nak tahu dgn lebih mendalam lagi, takut juga. Apa nak buat, kena diet lah.
Ini gambaran anatomi hati kita, boleh study nak jadi doktor.
Baru ni, buat lagi ujian darah, makin baik resultnya, alhamdulillah. Tapi ..........
Hatinya makin sakit. ......
' Kakak datang lagi, chek lagi darah bila-bila senang dalam bulan Mei'
Apa nak jawab, selain 'okay, insyaAllah saya datang, doktor tak payah bagi saya ubat
' Kakak ada ambil apa-apa suppliment lain'
Jawapannya ' tak ada kerana saya percaya kepada kesihatan yang baik datang dari makanan yang sihat dan gaya hidup sihat'
Tanda-tanda luaran dah ada, tapi mama buat-buat tak risau
' Kakak datang lagi, chek lagi darah bila-bila senang dalam bulan Mei'
Apa nak jawab, selain 'okay, insyaAllah saya datang, doktor tak payah bagi saya ubat
' Kakak ada ambil apa-apa suppliment lain'
Jawapannya ' tak ada kerana saya percaya kepada kesihatan yang baik datang dari makanan yang sihat dan gaya hidup sihat'
Tanda-tanda luaran dah ada, tapi mama buat-buat tak risau
Mama paling risau yang ini
Agaknya lah mungkin penyakit ini juga ada kaitan dengan ilmu tasawuf . Bersihkan lah hatimu dari segala penyakit
Bersihkanlah hati, kekotoran zahir nampak dimata, kekotoran hati siapa dapat mengetahui?
Kerana ia tersembunyi di dalam hati, tiada siapa dapat mengetahui selain dari Allah Tuhan yang maha EsaYa Allah,
Bersihkan lah hati ini dengan keikhlasan, kuatkan lah hati ini dengan keimanan, indahkan lah ia dengan ketakwaan , kayakan nya dengan kemaafan. Ya Allah berilah hambamu ini kekuatan untuk menghadapi segala dugaan kasih Mu. Ya Allah, sesunggunya engkaulah yang maha mengetahui apa yang terbaik bagi hamba Mu ini
Bandingan antara dua hati
Subscribe to:
Posts (Atom)