Mar 17, 2019

LAPTOP BARU .....ALHAMDULILLAH

Hadiah dari dua kekasih hati.

Alhamdulillah ....

Terima kasih suami mama yang telah menghadiahi 3 buah al Quran untuk mama pada Ramadan yang lepas. Semoga mama istiqamah membacanya. Dah lama ucapan terima kasih ....cuma baru hari ini baru terakam dalam penulisan. Terima kasih.

Terima kasih anak mama Muhammad Afiq kerana menghadiahi mama laptop baru, terharu tak terucap dengan perkataan terima kasihnya mama dengan hadiah ini. Dah seminggu dapat, hari ini baru berpeluang menulis. Alhamdulillah. 
Memang dah lama mama menginginkan, bukan tidak mampu membeli sendiri tapi .....anak mama mesti tahu bagaimana sikap mama. Terima kasih. 

Terima kasih anak mama Muhammad Anis yang hari ini telah membantu mama untuk kembali menulis blog ini. Tanpa Anis rasanya mama perlukan masa yang lama meneroka setiap satu untuk kembali berkarya. Terima kasih. 

Terima kasih anak mama Muhammad Arif yang telah mengajar dan membina blog ini untuk mama. Alhamdulillah ...masih berkekalan hingga kehari ini.

Terima kasih ya Allah kurniakan mereka dalam hidup ini. Empat insan yang sentiasa dirindui dihati.

Apa pun, mama nak anak-anak mama tahu mama sayang semua, mama rindu semua ....mama sentiasa rindukan pelukan dan ciuman kasih dari hati ikhlas anak-anak mama.