Bersama ustazah Wan Mastura menyiapkan cake sehingga pukul 0200 pagi untuk hari terbuka.
Penat lelah membuat persiapan lenyap, yang ada adalah kepuasan dan kegembiraan.
Antara pengunjung gerai Puteri Islam ...........
Oct 31, 2009
Oct 28, 2009
Kawan sejati ....................
Oct 27, 2009
Indahnya seni anyaman.................
Berkenan sungguh di hati ini dengan seni anyaman tikar. Orang lain ke Sarawak sibuk dengan tikar rotan yang pelbagai. Saya jatuh hati dengan tikar bemban. Lihatlah seni anyamannya yang halus (lihat dari sudut pandangan berbeza) coraknya yang memikat, pasti anda akan lupa sebentar dengan tikar rotan yang dicari.............
Bintulu ....oh Bintulu ......
Bestnya di Bintulu, sekarang musim buah-buahan. Sabtu lepas (24 Oct 09) ke Pasar Tamu Bintulu. Balik dari kuliah subuh di Masjid Asyakirin terus ke sana, agak awal pagi sampai, sekitar jam 6.00 pagi. Masuk saja kawasan pasar terjumpa makcik jual buah ' rambutan anak sekolah' nampak segar macam baru dipetik dari pokok, terus teringat suami akan sampai dengan penerbangan Air Asia pukul 9.00 pagi dari KL. Rambutan jenis ini kegemarannya, apa lagi belilah. Jangan terkejut ......... Afiq beli sikit saja, hanya 14 kilo. Berapa harganya? Emm boleh tahan juga ...... RM 21.00 (RM 1.50 sekilo).
Pergi pasar ikan, udang agak mahal, kami dapat sotong segar, tawar punya tawar dapatlah RM 9.00 sekilo, agaknya jika di Pasar Borong Selangor, mungkin RM 18.00 sekilo. Afiq kata "mama kita beli 3 kilo". Okaylah. Beruntung masyarakat Bintulu, dapat beli barang keperluan harian dengan harga murah.
3 minggu lepas, kami dapat beli daging rusa 10 kilo dengan harga RM 190.00. Tadi pesan lagi dengan ustaz jika dapat 10 kilo lagi daging rusa dan dengan cikgu Hasliny 5 kilo udang galah, khabarnya hanya RM 20 sekilo. Makan puas-puas sebelum balik ke Semenanjung.
Hari ini bila ke Farley Supermarket, survey harga cili merah. Alangkah terkejutnya saya harga cili merah yang segar dan sawi hijau serta peria cuma RM 2.00 sekilo. Kasihan petani di sini.
Sekarang tengah tunggu kawan hantar cili merah ke rumah untuk dijual kepada kawan-kawan.
Menu makan malam kami hari ini ialah sotong sambal cili merah dan peria goreng bersama telur.

Oct 18, 2009
Syok sendiri ........................
Oct 9, 2009
Oct 8, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)